cursor

Wednesday, 2 March 2016

Told me not to cry when you were gone.



Assalamualaikum,

Kemain tajuk kau aisya, duk update tajuk cengitu biar semua orang tau what you going through after a while menghilang biar blog berhabuk. Menghilang kemana ya?


tadaa !!



Kelihatan agak berisi selepas makan tidur tandas dan repeat selama beberapa bulan assignment takda. Selepas abis buat semua task dari boss, aku duk goyang kaki duit tah taktau nak buang katne, so beli tiket and dok pusing Selangor dan Melaka sampai puas hati , tup tup dah balik Sabah semula dengan poket kosong, uwaa. 

Pergi satu keluarga, dengan mak sekali aku bawa cuma ayah ja tinggal di kampung suh bela anak kucing aku sampai gemuk gedebak apa ayah bagi makan pun aku taktau tah. Tapi takpalah bazir duit bukan kat mana pun kat family sendiri bila lagi nak bagi rasa family duit kita, yang budak kecik tu anak kakak, time ni dia mengandung dah 7 bulan tak larat da nak ke hulu ke hilir dengan anak dia yang kadang ko pun taktau dia ni anak mak ke anak abah, sebab degil semacam, budak lelaki sebaya dia pun taklah macam  ni hyperactive giler pandai merajuk pula tu. 

So, aku la yang kena tarik tangan dia untuk mengelakkan round another tempat sebab nak carik budak ni. So cerita kat Melaka, adalah juga pergi Jonker Walk, Museum, Pantai Klebang (area rumah kakak kat Gemas dekat je) dan juga pergi beberapa tempat yang aku sendiri taktau nama tempat.

Lepas tu duk rumah abg kat Cheras ( Serai Lorong 11), lama juga kat rumah abg, area yang dilawat Putrajaya, Shah Alam (Ict), Klang, Wangsa Maju (rumah mentua abg sorang lagi), Jalan TAR. Duk sana memang banyak pergi mall je, ioi mall, GM klang, SOGO (busking memang best giler), The Mines (seri kembangan dekat rumah abg je) tu je la yang masih ingat, cuma sedih sebab tak sempat nak jumpa kawan lama yelah kawan semua duk Semenanjung dan Sarawak, yang dekat Sabah taklah ramai biasa ja, kawan sekolah menengah dulu ja, tu pun 2 3 orang sbb yelah dulu lebihkan study drpd berkawan. Cewah.

Habislah kisah kat Semenanjung yang sebenarnya niat aku nak pajak Shawl keknis je dan aku berjaya, jyeah ! aku lah pemborong itu. wkwk

So, back to title. What?
Tengah aku happy dok KL (cakap mcm KL dah serupa dulu masa study kacang lupa kulit, ahak ! da ar lidah cepat belajar k) tetiba c Heldy ni dok msg kata, 

"syg setia dan penyayang, tapi maafkan abg tidak dapat ikut agama sayang"

What are you trying to do actually Mr Heldy, dah kenapa tetiba. Ayat yang selama ni aku takut dengar akhirnya keluar dari mulut dia, ok sebak menusuk jantung mata masuk habuk. tsk

"Jangan menangis" katanya. Lepas tu dia dok msg aku panjang gila mcm sedih gila tak apahal tah, selalu tak pernah pon.

Tapi pelik je aku pula yang tak rasa sedih gila macam selalu bila abis sesi luahan ati sebab diabaikan bila didi busy seharian hilang, aku akan menangis macam nak gugur jantung macam nak demam otak rasa nak terkeluar (amboih)
Mungkin sebab time tu aku jauh dari dia and aku tengah happy merantau melihat dunia luar, aku taklah rasa sedih gila, lepas tu Heldy duk update status "feeling sad" .. why? tahlahnak aku sendiri bingung dengan keputusan yang dia buat, hubungan yang selama ni dibina yang aku jaga yang aku kesah tiap masa aku fikir, finally.. tapi tak sampai seminggu dia duk pujuk aku dan mau berkawan katanya, I give him a chance as always, akan sentiasa memaafkan apa saja kesalahan dia. APA SAHAJA.

Guess what, dia baru je confess yang selama ni dia Non Muslim, dia belajar agama time dia study  dulu tapi dia masih tidak dapat terima agama. Mungkin salah aku selama 3 tahun bercinta aku tak pernah bimbing dia dan bagi dia lihat keindahan Islam itu sendiri, I failed gais ! Selepas itu aku setiap hari berdoa semoga dia dapat rasa kasih sayang aku dengan dia, hubungan yang selalu aku pertahankan dan juga Jannah bersamanya selalu yang aku idamkan. Insha Allah.

Setakat ini masih bercinta dengan Heldy tapi bagi aku, hubungan kami berdua lebih kepada berkawan sebab kami dua masih berbeza agama dan aku tidak sama sekali mengantung harapan ku untuk bersama dengan dia sebelum dia sah memeluk Islam.

Doakan aku mampu membimbing Heldy walaupun diri sendiri masih terkapai kapai terapung di tiup angin umpama buih di lautan luas yang mencari arah pulang. 


No comments:

Post a Comment








get this widget here