cursor

Saturday, 23 May 2015

Its been two years H & N



Assalamualaikum,

its been a long time since tidak log in, blogwalking. No its not really me, kalau dulu aku je keyboard warrior, sekarang GST 6% pun aku blur. heh? Adalah 40% je aku faham, selebihnya tanya Mawar. Hahaha. Gurau !

Actually semalam kitorang makan kat kedai mamak, semuanya biasa and normal, dah macam routine, datang kerja orang tu jemput, balik kerja orang tu hantar pula. Bukan niat menyusahkan, dah memang orang tu relakan dirinya untuk menjadi driver sementara. keh keh.

so, sambung routine semuanya macam biasa, duk kedai mamak order dua roti kosong kuah susu (wajib) pastu tambah nasi goreng ayam satu. tu je la. Cuma semalam tetiba ada satu benda yang lain, duk tengah tunggu order sampai tetiba ada orang PM heldy, curious juga nak tahu sapa..

"Tolong padam gambar saya di dalam folder .."

Aku duk tertanya tanya gak, kul 11 malam yang isteri orang ni duk PM heldy dah kenapa, bukan dulu dia dh block aku dengan heldy ka? confuse. Its been two years, tetiba ko teringin unblock kami berdua, pastu duk PM heldy tengah malam. Suami ko kat mana? Anak dah tido ke?

Aku ni jenis tak banyak meluah kat sapa, kat blog ni je la yang aku suka luah perasaan so that is what Im doing right now, aku check dalam profile fb satu lagi tu takda pun gambar ko? heran gak, tanya heldy pun mmg takda gambar , email pun dia dah lupa katanya, aku suh gak dia reply semalam tapi katanya takpayahlah, block saja dia. Pastu aku tengok dia, tengok reaksi dia.. tergelak aku, orang yang banyak sangat memori dalam hidup dia suh block je.. Funny.

Jangan nak fikir aku jahat sangat sbb duk cerita kat sini eh. Lepas tu semalam aku dok fikir la benda tu banyak kali, last aku kata kat diri aku positif ja la supaya tak ganggu hubungan kitorang berdua, PM je kan, apa nak kecoh sangat, so lepas tu baru aku dapat tidur lena. Berkualiti la juga tidur aku semalam walaupun sedikit terganggu mental dan emosi.

Satu benda ja yang aku nak ko tau, selama dua tahun pernah ke heldy kacau ko lagi, tak kan? aku pun lansung tak kacau ko kan? selepas ko kecewa kan dia, bercinta mcm dia dah suami ko boleh suruh apa je ko nak dia buat and maybe part tu dia ikhlas so tak nak banyak cakap la pasal tu, duit dia bagi ikhlas kat ko, ada ko kesah bila dia kecewa bagai nak mati? takda kan.

So bila dia dah bahagia, please lah respect. Jangan dok ganggu malam buta kol 11 malam kot, u know, u can always PM ke call ke, watsap ke segala pada siang hari, maybe dalam fikiran ko bila ko try to reach him on a middle of a night so aku taktau la? heh. Ko sent msg time aku tengah pegang hp dia, siap main coc lg time tu. 

Aku tak marah ko try to reach him lagi, but please cakap ini for the last one. Jangan ganggu hubungan kami lagi, Heldy cakap dia dah taktau email fb yang satu lagi tu, and I guess that is the answer yang ko nak tau sangat semalam. Sorry a little bit kasar dalam blog kali ni. So that is the end of story pasal semalam tu, tak ble nak buat apa dah if betul gambar ko ada kat sana pun, ko try la pula lepas ni reach fb mark zuckerberg and minta akaun tu diblock sebab heldy pun 100% sudah tak guna fb tu. ok, aku suggest la supaya ko tak ganggu dia lagi, dia pun dah rasa terganggu sangat tu. Aku suggest pun dah cukup baik sebab aku pun terasa gak bila orang ganggu bf aku.

* perempuan mana tak marah bini orang ganggu bf dia tengah malam buta*

Sambung cerita pasal aku sekarang ni, aku dah konvo. keh keh. Macam terlalu ketinggalan nak announce yang aku dah konvo, perlukah..

Selepas tu aku mula la takda kerja, selepas tu aku belajar pula skill, aku belajar menjadi "Therapist". Belajar reflexology, body massage and heldy pun completely bagi support 100% dengan aku and career. *career lah sangat.

So aku nak cuba dulu bisnes until next year. Itu je lah yang boleh korang catch up dengan aku until aku dah dapat kerja kerajaan ok?

Cuma aku heran, dalam dua tiga hari ni kan Heldy selalu cakap pasal marriage. What? Perempuan ni sangat pantang bila lelaki cakap pasal perkahwinan, bukan pantang nak marah ke apa, tapi perempuan ni hati dia rapuh, mudah percaya dan mudah berharap. Bukan apa, aku sangat takut bila cerita benda benda yang boleh buat aku berharap. Ada satu ayat yang aku suka sangat dengar bila heldy tetiba cakap kat aku, masa tu otw g kedai mamak, nampak sangat fav malam malam gi kedai mamak kann..

Heldy: Syg, kalau kami dah jual sawit di Kg, abg mau buat dua tabung.
Me: Tabung apa Heldy? *aku skg gangster panggil nama dia*
Heldy: Satu tabung untuk motor besar, satu lagi untuk Kahwin.
Me: Kahwin dengan sapa?
.....Heldy terus pandang aku...

Macam beria sangat dia kan, bila dia teman aku kat kedai pula, dia selalu cakap, nnt ada ni baby abg disini, tunjuk kat perut aku. Aku amin ja la dalam hati ni, aku selalu cakap ya, tapi bila dah kahwin. Senyum sinis dia.

Hanya Allah tahu perasaan aku sekarang ni, hati berbunga taklah juga, gembira confuse semua ada dalam hati ni, tambahan lagi kena ganggu oleh ex ni aku makin lah confuse takut marah..semua bercampur baur taktau nak kata apa. Cuma satu benda yang aku tau, Heldy wont talk something yang he doesnt meant it. Kalau dulu aku je selalu cakap pasal marriage, dia diam je. Maybe masa tu dia pun was was dengan aku and now, things change, hati dia dah tak was was kot. Tu je la, aku doakan apa yang dia niat dalam hati tercapai, Im try not to berharap 100%, but doa tu sentiasa ada and aku always sokong dia in whatever he involved in, itu cara aku mencintai dia, ceh jiwang.



Aku sangat percaya pada jodoh tapi doesnt mean yang aku not fighting for what I want kan.. Insha Allah kalau jodoh tu milik kami berdua, kami pasti bersatu tepat pada masanya.

Alhamdulillah siap satu entri, terima kasih baca luahan hati aku.




No comments:

Post a Comment








get this widget here