cursor

Tuesday, 28 October 2014

After school life.

Assalamualaikum,






 
selepas habis belajar di Unimas akhirnya aku berjaya menghadirkan ke tempat praktikal yang nyawa-nyawa ikan nak dapat. Masa tu aku datang awal sangat, belum jam 7 aku dah sampai ofis, orang yang in charge pula tak datang so kena lapor diri dengan QA/QC Engineer yang sekarang sudah menjadi Branch Manager di company yang aku praktikal.
 
Kiranya aku takmau bercerita banyak pasal praktikal sebab kenangan aku di sana singkat, mesti ramai tertanya-tanya kenapa aku tak dapat kerja terus di sana? adakah aku tak perform? adakah kerja aku kurang memuaskan. Sebenarnya tidak. Aku seorang yang rajin bekerja sebab aku tau tujuan aku kesana semata-mata untuk mendapatkan segulung Ijazah yang aku bakal dapat pada 2 November yang akan datang. Seminggu selepas aku nak habis praktikal, Branch Manager telah memberikan satu berita sedih bahawa company akan berpindah milik dan segala perpindahan dan penambahan pekerja telah di bekukan. Sabarlah hati. Bagaimanapun, seminggu last bekerja di sana aku telah diberikan layanan yang sungguh baik. Kawan-kawan sekerja berlumba-lumba untuk belanja aku makan. Untuk terakhir kali kata mereka.
 
Pada 26  September aku telah pun habis praktikal. Aku terus pulang ke Labuan pada 27 September kerana orang yang paling aku sayang sudah datang menjemput ku di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, aku datang dengan Bagasi ku yang banyak seolah-olah aku akan berpindah rumah, hakikatnya aku memang bercadang untuk terus meninggalkan Labuan sebab hati ku masih tidak dapat menerima kenyataan.
 
Setibanya di KK, aku terus mendapat tawaran berkerja dengan Allianz, company berasaskan Insuran, aku gembira. Setelah aku lulus interview, mereka baru mengatakan yang mereka tidak mencari staff tetapi mencari business partner atau yang lebih faham iaitu agen insuran mereka. Tiada customer tiada gajilah. Cuma satu benda yang aku tak faham kenapa dalam carian kerja mereka letak Admin, bila dtg interview lain yang mereka propose kan. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan untuk menjadi agen Insuran mereka. Mungkin tiada jodohku bersama Allianz Insuran, bagaimana pun aku telah lulus temuduga pertama dalam hidupku yang tidak pernah aku rasa selama aku hidup 21 Tahun.
 
Kini, aku berkerja sebagai pembantu kedai, ada mulut jahat mengatakan yang pekerjaan macam ni takda bawa kemana-mana, orang tak pandang gaji rendah. Tetapi bagi aku, setiap hari ada orang yang akan bersembang dengan aku, pelbagai ragam customer dan aku boleh menilai bagaimana komunikasi yang berkesan untuk aku menghadapi temuduga di masa akan datang, walaupun aspek perbualannya berbeza, tetapi ia tetap dikira komunikasi, ada skill adalah profit.


 
 Sementara menunggu Ijazah pertama ku, aku kerja part time menjaga kedai (hujung minggu didi akan keluar dari kolej dan teman aku jaga kedai) dan jugak mengambil upah membantu orang yang tiada masa untuk mengulangkaji assignment mereka, bukan calang-calang, aku mengambik upah daripada Master student dan juga daripada Degree student sendiri, biarpun susah aku suka mencuba benda baru dan memberi cabaran untuk diri sendiri. Jadi hidupku lengkap, rutinku padat dan aku sentiasa mempunyai kewangan sendiri tanpa meminta dengan sesiapa, malah aku juga boleh memberikan nafkah buat orang tua ku nanti walaupun jumlahnya sedikit namun ikhlas, Insha Allah dalam perancangan.
 
Aku dengan Heldy?
Mungkin ramai yang tau hubungan kami macamana dengan hanya melihat facebook ku ataupun yang paling aktif wechat ku : EchaEll





 
 
Kami semakin hampir dengan impian kami untuk berkahwin, namun sekarang kami belum ada lagi hubungan atau ikatan yang sah sebab didi masih meneruskan pengajian nya keperingkat yang lebih tinggi iaitu PW4, Insha Allah akan habis pada hujung tahun ini dan setelah itu barulah dia akan memulakan careernya. Aku juga begitu. Aku rasa bersyukur kerana didi masih sayangkan aku macam pertama kali dia jumpa aku di Kuching.

 
 
Di zaman sekarang ini, segalanya memerlukan duit. Bagi aku sekadar cukup itu memanglah bersyukur tetapi kita kena lebih berusaha untuk mengatasi kelemahan diri dan tampil untuk lebih berjaya, beranilah mengubah diri menjadi lebih baik dan jangan memandang hina kepada orang yang di bawah kita kerana tidak mustahil kita akan berada di tempat yang sama seperti mereka.

 
 
 Thanks for reading, next entry my convocation !
best regards Echa.
 

2 comments:

  1. Artikel yang panjang tapi menarik sebab mengisahkan kehidupan sendiri.
    Teruskan berblogging ye? :)

    ReplyDelete
  2. follow cik anggur dan like facebook page cik anggur di http://inibelogcikanggur.blogspot.com terima kasih

    ReplyDelete








get this widget here