cursor

Monday, 28 April 2014

PART 1 :: Dugaan mencari tempat Praktikal/ Latihan Industri

Assalamualaikum,

the reason kenapa I came out with this internship things sebab I've google it many times and keep on repeat-peat-peat until aku give up. So dalam fikiran aku bila semua orang start cari tempat praktikal, blog aku akan naik ranking pertama dalam google (ok, yg ni aku gurau je)

 sebab aku memang dah tau dah apa yg orang akan taip, contoh nya..

1. Tempat praktikal di Sabah.
2. Internship in Sabah (English Version je)
3. Tempat praktikal yang bersesuaian dengan program Kewangan

ha, yg tu semua memang pengalaman aku, aku sendiri pernah taip macam tu kat google and guess what I found, 

semua yang aku google hampeh. takda yang membantu langsung.

so, aku pun decide hantar borang aku by hand, kononnya nak jumpa HQ dengan HR dia face-to-face lah, adalah dalam 20 set macam tu aku print out, hasil bantuan ehsan office abg aku, berguna juga ink dalam office dia tu, tak lama kemudian aku pergi pula kat office akak ipar aku untuk buat scanner, scan supaya aku dapat sent guna email kat company yang aku tak dapat hantar by hand. 
Semua yang berguna buat masa tuh aku gunakan dengan sebaiknya. keh keh

Susah weh cari tempat praktikal. habak hang ! Jangan terkezut bila ko mula-mula masuk universiti dapat program Kewangan, lecturer cakap "weh, korang  ni ibarat pisang panas senang cari kerja, finance ada dalam setiap company" ko jangan excited rasa nak terjun bangunan dulu sebab fikir u got the best course dalam universiti,

Hok aloh, setelah ko tahun 3 belajar, engko dah final year then berpusu-pusu berebut dengan kengkawan semata-mata nak hantar surat praktikal, masa tu la engko tau dan faham macamana susahnya nak dapat nak cari tempat praktikal tu, kononnya senang nak dpt la apalahh itu cuma imaginasi semasa engko tahun pertama jejak kaki masuk universiti, masa tu engko muda lagi  innocent taktau apa, 

yang tu belum kerja, 

tengok bila aku kerja nanti, apa aku merapu pun tah, maybe entry aku lagi panjang dari ni.

So, aku nak tunjuk juga lah sikit gambo2 hasil scanner kakak ipaqq aku tuh. 
buat kenangan masa hadapan.


(Surat tawaran dari Unimas)


(Surat jawapan untuk di hantar semula ke Unimas)

and ada lagi satu attachment yang aku kena bagi through email, iaitu resume aku, so ini guide yang paling simple untuk generasi yang akan datang bila nak hantar surat praktikal nanti ye,

1. Surat tawaran/pengesahan dari Universiti.
2. Surat jawapan (nak senang suh diorang faks, cepat dan mudah)
3. Resume korang (Kena bijak buat resume tau, letak le gambo semanis kurma pun kalau content resume hampeh tak kemana)

so, yang tu je lah buat masa ni, banyakkan berdoa untuk aku tau, nak dapat tempat praktikal memang susah, apa lagi bila lecturer aku cakap "akan failed bila tak dapat tempat praktikal" sedih aku weh.

Buat masa ni aku redha dan tawakal je.
Doakan aku tau dapat tempat praktikal yang bersesuaian dengan kos yang aku belajar selama ni. Allah je tahu perasaan aku bila tengok kawan yang lain senang je dapat tempat, mungkin Allah dah tentukan rezeki masing-masing, and aku mungkin kurang berusaha so sebab tu lah aku di uji macam  ni.
Allahualam.


ok, bersambung part 2 :)

2 comments:

  1. dulu akak carik tmpt praktikal cm tu gk la..payah..pas tu byk tmpt cpt pnuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..dalam 20 lebih dh hantar kat semua company, belasah je company mana2 pn yg penting hantar, lambat reply lepas tu full. Sedih sangat..

      Delete








get this widget here