cursor

Sunday, 27 April 2014

Im not interested, the opportunity just right infront.

Assalamualaikum.

Adalah 2 3 kali teringin nak update blog tapi idea belum sampai seru, hari ni entah tetiba idea datang mencurah-curah mungkin sebab aku dah letih baring kuak lentang atas tilam kot seharian sampai naik bosan, satu keja apa pun aku tak siap. eh, kisah pula engkau kan? so berbalik dengan tajuk aku.

Hari tu cuti seminggu, so aku baliklah sabah hasil duit pinjaman abang aku yang tetiba je baik hati nak beli tiket balik Sabah. tp Alhamdulillah, rindu negeri di bawah bayu tu kot. aku balik pun sebab kena urus pasal praktikal, kena hantar borang and reason yang paling buat aku terpengaruh nak balik sana sebab Heldy janji nak bawa g mandi sungai. best weh.

so dengan muka excited aku pun fly la pergi sabah. Sampai juga hajat nak mandi sungai, lama kot tak mandi sungai.

Korang tau tak rasa bila, masa tu korang dah hampir lemas selepas tu pakwe korang selamatkan nyawa korang, time tu betul dah tak dapat bernafas, rasa air dah betul-betul stuck kat dada. Tetiba ada orang angkat dari bawah sanggup tahan nafas dalam air semata-mata nak engko selamat. Susah nak explain sebenarnya. 

Rasa berdebar bila aku dah tak nampak kepala dia dalam air, aku dah half body kat air tu sebab dia angkat dr bawah, kalau dia tak angkat memang dah tengelam dah,.. ***

Tetiba aku rasa dia sangat baik, sanggup selamatkan nyawa aku. One thing yang aku akan ingat sampai aku mati, so in every case aku akan utamakan dia, ni dah terhutang nyawa dengan dia, in what way korang expect aku boleh balas hutang nyawa tuh, kahwin dengan dia lah kan? hehe. In one fine day, insha Allah. *tetibe

Ingat nak cite pasal pergi Labuan hari tu, masa tu pagi lagi aku dah ready tau nak g Labuan, pukul 6 pagi aku dah siap packing barang letak tepi pintu, dah siap belit tudung tang mana aku belit aku dah lupa, dah blusher pipi, kira dah comel-comel gitu lah,  siap awal pun sebab nak naik Express Boat dari Jesselton Point pergi Labuan trip jam 8 am,
 lepas tu abang ipar aku drop kat Jesselton Point selepas tu pepandai la aku nak jaga diri. Dah tak pandai naik Shuttle bas, jalan pun tak berapa nak pass, so aku redha kan je la diri pergi tanya tiket dekat kaunter, dia ckp tiket habis weh, terpaksa lah aku jalan kaki pergi terminal bas. Masa jalan tu, dah terbayang macamana seksa nak tahan muntah dalam bas, 2 jam pula tu. ottoke? (pengaruh RM tetiba pandai bahasa Korea)

Masuk je dalam bas dah redha tawakal plastik dah prepare sebundle, lepas tu datang seorang lelaki, agak handsome, dress-up macam oilfield worker, dia one step je duduk terus sembang dengan aku, apa yang kitorang sembang pun merapu je, dia punya korek cerita pasal aku sampai kuar citer pasal praktikal, sampai habis masa 2 jam tu, aku pun taktau kenapa masa tu cepat sangat berlalu, bukan sebab aku nak bersama dengan dia, tapi sebab aku bangga dengan diri sendiri sebab boleh bertahan tak muntah dalam bas selama 2 jam. Wow !

Nama dia Firdaus, dia janji dengan aku nak tolong follow up sebab aku dah kata nak hantar borang praktikal kat Labuan Shipyard, di situlah dia berkerja. So, we still in contact in which Heldy memang marah habis-habisan and menentang sepenuh hati aku praktikal di Labuan sebab dia tau what happen on the bus. Dah citer semua kat dia, sampai nangis-nangis sedih tengok dia jeles sampai mcm tu. Dah explain semua yang dia patut tahu, and well he seems not interested dengan explanation aku, so better aku explain dekat sini, so every time dia teringat benda ni, dia akan baca entry ni and get rid of it. Okay, cut that crap.

So, I just want he know what he meant to me, aku kenal dengan firdaus pun bukan sebab I'm attracted dengan dia, just opportunity depan mata, ibarat aku tengah mengantuk engko sorong bantal, sapa taknak. The different with love dengan like tu memang berbeza, jika dia betul syg he can see through his heart, not through his eyes. 

I'm just too in love with you Heldy.

"When things don't go exactly as we had planned them,
 remember that they have gone as the Almighty had planned them, so react appropriately."


No comments:

Post a Comment








get this widget here