cursor

Tuesday, 11 February 2014

Apa yang boleh dibuat semasa cuti semester

Assalamualaikum..

tadi buat blogwalking sikit,sikit je la. adalah terjumpa satu blog ni yang memberi pendapat tentang 10 blog terhebat di Malaysia, tapi ada dua tiga daripadanya yang aku sangat tidak setuju, patut ke blog gossipszzz masuk dalam senarai tu? oklah, memang tu pendapat dia kan, aku baca je sampai habis lepas tu aku tutup, tak nampak pun blog fatin liyana dengan irine nadia kat situ? ke dia tak kenal bloggers tu? huh. Malaslah nak fikir, bukan masalah aku.

so, selepas tu buat lagi another round untuk blogwalking, walaupun aku tau lappy aku dah panas membara macam tu aku rasa malas pula nak shut down, then aku gagahkan jari jemari blogwalking lagi, rajinnye aku?


ok maaflah panjang berjelar my introduction. so berbalik pada tajuk kita iaitu apa yang boleh kita buat time cuti semester, bahaha. sejujurnya bukan kita ye, tapi khususnya akak asya ni sendiri, apa yang dia buat time cuti semester? mesti mung nak tahu dop. Bolehlah ambik sikit idea jika korang dah lekang idea nak buat apa time cuti semester.

1. List awal-awal nak g mano sebelum cuti semester bermula.
Kalau aku selalunya memang akan plan berdua dengan Heldy nak g mana. kenapa? sebab selalunya bila hujung minggu aku akan habiskan masa dengan dia, dia jemput aku kat umah and pastu kuar jalan. Selalunya bila dah nak habis semester time-time study week tu lah kita akan teringin nak ke sana, nak kesini, sebab masa study asyik ulang alik ke universiti/politeknik/kolej je kan? asyik ulang alik unimas ke rumah tak pun rumah ke unimas tu je lah rutin harian sepanjang semester. So habis je exam adalah nak teringin nak pergi mandi kolam, nak melawat zoo. so, better plan awal, takde lah nak pergi Muzium time cuti awam. hoho. tak pasai plan batal. Selalunya list tu tak payah panjang sangat, plan pergi tempat yang meriah sikit baru best and jangan membazir ye, pegi tempat biasa macam pantai ke..dah lah, aku pun bukan berduit sangat nak g tempat mewah-canggih2 tuh.

2. Pastikan makan makanan yang telah lama di idamkan selama satu semester.
ok, macam polik tapi bonar je. bahaha. haruslah memenuhi nafsu makan tu ye tapi haruslah juga berhenti sebelum kenyang yaa, sunnah nabi tu..
macam aku memang tiap masa aku mengidam makan pizza, kfc, mcD. ha, demand betul budak ni. Tapi bila dah terlalu banyak makan macam tu, ada juga rasa bosan, so tetibalah mengidam makanan kampung especially ikan bakar and segalanya yang boleh dibakar, since sabah terkenal dengan makanan laut and aisha pun membesar dengan makanan macam tu, so bila dah jauh balik sarawak dah, aisha selalu rindu nak benda-benda macam tu, yang paling penting air tangan mak, benda yang dimasak tu biasa je , tapi dimasak dengan kasih sayang tu, tu yang buat makanan tu sedap. setuju tak?
itu je lah, make sure kena makan tu.. nanti kempunan orang cakap..

3. Make sure hadir dalam apa-apa acara keluarga.
Selalunya bila buka semester, jarang dah balik kampung, susah dah nak jumpa family, bila terserempak dengan family kat shopping mall ke, kat restoran ke, hah orang pula yang tegur kita, kita pening.. "haih, sapa lah td yang dok tegur aku tu eh, mengaku pakcik aku pula tu", ( benda mcm ni selalu jadi kat Heldy) so, aku suggestkan engkau2 semua sekali sekala bila cuti semester jangan asyik dok umah atau lepak dengan kengkawan je, chill la.. cari masa sesuai untuk mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga, nanti bila kita tak kenal ahli keluarga sendiri sepupu sepapat tu, diorang cakap kita sombong pula.

4.Belajar.
Bukan lah nak suh buka buku semula, takde dah nak suruh engkau study week lagi, nak hafal nota sampai kuar mata panda, takde dah semua tu. Belajar ni maksudnya time masa lapang banyak tu, engkau luangkan lah masa google resepi makanan ke, dessert ke, jus sekali pun, engkau belajarlah sikit ilmu masak memasak ni, ni tak asyik melayan movie je, tak bosan dok melayan movie masa study week dulu? tipu je study hard kan. bahaha.

5.Update.
masih di zaman kuno setelah satu semester? ha, engkau mana sempatnye nengok tv masa study, mesti dah tak tau apa pun pasai dunia luar, so aku suggest ko pergilah godek-godek berita yang lama-lama cari tau sapa dah mati sapa masih hidup, walaupun hal tu semua dah takde kaitan dengan engkau, semua tu berguna bila ko nak interview kerja, so update lah selalu ye, tau lah masa study ni tv mana ada duit nak beli, ada duit pun sumber PTPTN atau biasiswa pa&ma je kan (Papa & Mama).

ok tu je untuk kali ni, thank luangkan masa untuk entry ini. xie xie ni.
Gong Xi Fa Cai from me and Heldy. ok, sangat kelewatan mengucapnye...








That's all untuk kali ini.
 

4 comments:








get this widget here