cursor

Saturday, 4 January 2014

Hai 2014?

Assalamualaikum. hai?

Aku ceraikan engkau talak 3 ye.. tapi aku sebenarnya sayangkan engkau wahai 2013. Nak nak jom kahwin semula? hihi. So, betul la yang jauh itu masa lalu, masa yang kita tinggalkan sebagai kenangan dan banyak pengajaran darinya. oke, aku tengah belek-belek azam aku tahun lalu dalam diari, terserlah kegilaan suka menulis diari dahulu kala namun aku lebih banyak menaip dimasa kini, apa guna nya kecanggihan kalau tak guna kan? gitu..

Aku belek punya belek adalah yang aku nak jadikan azam untuk tahun ni, recycle segala macam azam yang tak berapa nak berjaya tahun lalu kita buat azam untuk tahun ni pula, kalau tahun ni tak berjaya juga, makanya recycle la lagi untuk tahun hadapan, huh! nampak sangat tak berapa nak semangat langsung untuk tunaikan azam tu.

so review 2013? aku takdelah nak bajet artis atau blogger terkenal nak review-review 2013, hidup aku biasa je harian aku dok tengok laptop sampai pagi sambil buat assignment kekadang bila dah terlelap laptop pula yang tengok aku, 99.987643456% rutin harian aku selama 365 hari dalam setahun, dan untuk study pula adalah 0.98765432%. kekadang aku tetanya tanya apakah aku ini genius mampu menghafal nota sambil melalak menyanyi kat dalam bilik ( ok, part ni cuma aku buat bila roomate aku balik kampung) siap dengan lagu unimas sekali aku nyanyi semangat untuk berkonvo pada bulan november nanti.. namun walaupun rutin harianku begitu, namun hati ini tetap meronta-ronta memaksa ku untuk menaip entry ini. wahh.

so, kenangan 2013 yang aku ada.. jeng jeng.


Dilarang mencuba aksi diatas ye adik-adik bawah umo.




Perkenalan singkat kami di facebook diwaktu itu telah mengubah hidupku, dulu aku selalu sedih, holding onto someone yang rasanya tak pernah caring dengan aku lagi, aku faham saiz itu penting dalam percintaan, so aku telah membesar dan cintanya telah mengecil, so aku pun mengecilkan saiz cintaku untuknya. ok merapu. 20/02/2013 - Heldy jadi kawan, pakwe, abang, motivator, driver kekadang bank negara untuk aku. sikit je lah. sikit.


untuk syasya, aku tidak mampu memaafkan diri ini ketika dia membesar aku tiada disisinya, mula dr lahir, kenduri kesyukuran dia, birthday dia, semua aku tak sempat nak datang, masa yang tidak mengizinkan ada yang lebih penting untuk aku selesaikan di bumi Sarawak ini. Jun- Birthday syasya and Heldy.


untuk my younger sister Shila.. okeh dekat rumah panggil itak, litak, lintop, suma nama aku nak panggil dia, kekadang nak panggil dia kurus aku pula yang terasa sendiri so sedapkan hati panggil nama sebenar je, shila. Rasa bersalah bila tak berada disampingnya saat dia menghadapi the basic one exam yang sangat penting untuknya, u know how I wish someone ada disisi untuk mengajar ala-ala tuisyen gituu dimasa nak exam SPM, so do her, aku rasa dia nak aku ada kat sisi dia bagi dia semangat masa nak exam, tapi masa tu aku exam juga atau busy study mcm tu lh tak berapa nak ingat sbb usia dah lanjut, 2014 kan? new year and new years old. Betul tak theory aku? november- SPM shila.
 

Raya 2013, the best ever yang aku pernah rasa, the whole family datang rumah, nak duduk 5 minit pun dalam sehari sepanjang raya pertama and ketiga memang tak boleh. ape pun tak boleh. Memang seronok gila bagai nak meloncat gembira bila saudara mara bertandang kerumah aku yang tak seberapa. oke, itu rumah bapa aku. so, I feel better setelah setahun tak jumpa family akhirnya dipertemukan semasa raya. terutamanya budak gemok yang tepi tu, aku nampak kurus sikit bila bergambar berdekatan dengannya so nevermind lah bila anda-anda semua nak bandingkan the tembam one because I feel kecik sikit dari dia. emm, rindu nak gomol. -me and Emin Ariff (sipi je muka shila)


untuk pertama kalinya berjaya membesarkan diri sebanyak.. _kg.
sangat berjaya sampai semua orang nak namakan aku MOK. ko ingat senang orang nak panggil manja-manja macam tu, aku on je. Bila dah hujung bulan aku pun senang nak manja-manja nak suh bank in. bagi je jumlah diorang faham-fahamkan lahh. adalah hasil sikit tu kita pergi shopping ye. 


Terserlah sangat how big I am now kan? 
lepas ni boleh dah apply lagu "big girl dont cry"..
Time ni otw nak g umah pengantin merangkap pangkat jangan nak pangkat sangatlah..cousin aku je pon. Kehulu kehilir aku dengan dia, ironkan baju dia, inaikan dia, siap mak dia suh aku touch up kan muka pengantin lagi, aku manalah nak reti bukan muka sendiri, so aku surrender lah, kang bukan jadi pengantin abg rudy tu, kang lain jadi maknyooooh dia. syuhh syuhh. tak nak tak nak. Perkahwinan yang aku mampu datang sepanjang tahun 2013- only one. Busy budak ni kan? 


 makan-makan dengan housemate baru. Introducing kak zielah (kanan)dengan kak nadhia (tengah) dan akulah semestinya yang paling adik pada ketika itu. usiaku baru sahaja mencecah 21 tahun, namun Im feeling 22 sudah, mcm lagu taylor swift. Ni lah housemate baru selepas aku memindahkan diri ke luar unimas dah tak dok hostel dah and ada lagi housemate lain yang aku tak sempat nak masukkan gambo.



 Last but not least gambar ala-ala macam dalam chart organization. omakau.
muehehe, credit to kawan yang amik gambar, semoga 2013 yang lalu menjadi pengajaran buat kita semua dan marilah kita mencipta pengalaman yang baru untuk tahun 2014 ini. amin. may Allah ease our way. 
Assalamualaikum 2014.



4 comments:








get this widget here