cursor

Thursday, 19 September 2013

aisha dah jadi Final Year Student

Assalamuaikum, 

2 minggu berkurung didalam rumah sewa dengan tilam span rm48.90 and almari case rm45.00 tuh, beli pun kena angkat sendiri pergi rumah sewa, supermarket 15 minit dari rumah, jauh nak angkat barang takda sapa nak tolong time tu sebab semua busy kereta semua full orang sewa sebab nak fetch kawan-kawan diorang balik unimas, kawan ko mana? time susah macam ni lah aisha nak cari kawan-kawan.

Pening fikir broadband dah kena terminate disaat tu juga fikir nak beli meja study and kipas sebab bilik sewa panas tido pun terkangkang panas gila wehhh! seyes cakap! time kesempitan macam ni jugalah broadband nak buat hal, nasib baik facebooking and blogging is my priority, so gagahkan juga withdraw duit semata-mata nak terminate broadband yang lama and register yang baru. Then sekarang dh boleh pun update blog. Alhamdulillah ada juga kawan nak tolong aisha urus semua tu, almaklum ada di negeri orang susah kalau taktau jalan, kang sesat tak pasal-pasal jadi famous kat newspaper.


so, selesai semua urusan rumah sewa, pening dengan urusan lain pula.

ase nak nangis weh bila terkenang, "dah engkau ni orang susah, kalau kena extend semester sebab 2 pelengkap tu je memang tak berbaloi"

sapa yang masuk IPT tu fahamlah dengan situasi ni, aisha dah sah! sah! kena ambik jam kredit lebih semester ni 24 jam kredit,

 "nak tambah 2 je pon, yang prof degil sangat nak bagi buat apa, bukan nak minta prof approve pun just sokongan je kot".

 Ha! bila ko penat cari and tunggu lecturer dekat seminggu sebab nak cop and sign dia je, then lecturer tu dah jumpa tapi layan ko macam benda nak extend tu bapak ko banyak duit nak support, memang geram lah, sedih pon ada. Dah time tu prof taknak bagi aisha jam kredit lebih so tak boleh nak add course yang lain lah, terpaksa drop dengan bismillah.."untunglah sapa dapat add nanti"..

pastu, next weeknya, aisha try lagi, "nak jumpa, tak nak jumpa" ulang 24 kali dalam kepala, last jumpa terus dengan Dekan, time tu pula PA Dekan je ada, so datang terus perkenal diri, bagitau tahun berapa sebab apa nak jam kredit lebih, pastu aisha cakaplah macam-macam lagi nak bagi dia cair sikit, muka dah memang mcm 20sen dah, nasib baik mood okay and keesokannya kena revise balik borang dekat fakulti,..

so, macam tu la kesusahan hidup aisha bila dah masuk new semester final year first sem, memang dah mind set benda-benda macam ni akan berlaku so apa pun akan terjadi aisha akan tabah and tawakal, terima ja seadanya sebab heldy pun dah janji nak tolong support kalau aisha extend, kalau boleh memang taknak orang supportlah, extend pun taknak.


so, itu je la hasil merapu setelah habis kelas direct pukul 8 pagi sampai 5 petang, kalau tak faham buat faham ja ye, kesian kat budak ni panjang lebar dia merapu. 



peace.


No comments:

Post a Comment








get this widget here