cursor

Friday, 26 July 2013

Tema baju raya yang paling sesuai?

Assalamualaikum, hai?
tak lama lagi nak raya, puasa pun dah hampir nak habis, means kita akan beraya yeah ! gumbiranye hati sebab mengenang nasib hari tu hampir tak dapat balik beraya di kampung sebab alasan kena ambil short sem sebab nak finish subjek generik dengan elektif kalau aisha cerita panjang pun memeningkan kepala korang je, so alhamdulillah, takde pun ambil short sem,
ambil subjek and jam kredit lebih je next semester, memang hidup aisha kat fakulti je lah nanti, busy sangat banyak kelas and kenang nak balik rumah sewa jauh beribu batu and kena naik bas ( ok, part beribu batu tu aisha tipu je)
 ihikks.

Ramai yang kata kalau kita jenis kulit hitam, kena pilih colour baju yang black juga supaya kelihatan lebih cerah sedikit daripada baju, sudah terang lagi bersuluh, kalau dah kulit hitam memang hitam juga la an? 
orang kulit hitam jangan marah ye, korang manis, bak kata BF aisha tengok orang tu walaupun hitam dia tetap cantik manis, 
time ni BF tengah tengok budak India lalu kat depan kitorang, time kitorang dating pula tu.
apa taste BF aku ni? Sabor je la ~~ la ~~

so, aisha takda la hitam sangat or tergolong dalam golongan orang yang berkulit putih ,
tapi kulit aisha adalah kulit yang standard bagi orang Malaysia, gitu pon adeee,
nak tutup sikit cerita pasal kulit aisha yang dah hampir terbakar sebab dulu selalu berjemur ketika berjalan ke Fakulti betapa sedihnya pengalaman berjalan kaki di tengah panas  terik matahari semata-mata nak mencari ilmu dan mengejar kejayaan, ha ! motivasi ini adalah iklan semata-mata dan juga hasil pengaruh terlalu banyak membaca blog motivasi.
Rasa ter-motivate tak baca?

okay,sekarang nak share tentang gambar-gambar raya 2012 dahulu
tema kitorang adalah green forest..




Dengan bangganya gambar boleh di X-Large kan kerana gambarrrr tesebut telah di edit menggunakan Photoshop, sangat flawless la pula aisha rasa. 
 Amir I'm sorryy. :P


Ini pula gambar sekitar luar rumah dengan bertemankan beberapa ahli keluarga yang sedang seronok bermain bunga api, aisha takde dalam gambar tu, limited edition tau gambar macam ni, time raya je dapat main bunga api, raya ni amacam? hihi

so, tema baju raya aisha kali ni adalah "light blue",
taknak tunjuk baju sebab tu adalah rahsia, chewaah,
sangat tak aci kalau aisha tunjukkan.
amboii, macam harta kerajaan pula kan.
sebenarnya aisha happy sangat dapat beraya bersama keluarga tahun ni,
tak sabar nak bermaafan dengan mak bapa and ahli keluarga
and yang paling tak sabar nak show baju raya aisha, amboii
baju tak secantik baju raya fatin liyana pun nak tunjuk.
Mesti ramai yang guna peplum kan raya ni? peplum kurung la, peplum lace la..
hihi, apa-apa pun jangan sampai membazir duit mak bapa korang beli baju semata-mata nak upload kat Facebook dengan caption " Baju I biasa jew " nak 300000 orang like.
ingat, sikap membazir amalan syaitan yang di rejammm.
hihi, okay lah sampai tu cerita aisha kali ni,
semoga bermanfaat.

salam :)




No comments:

Post a Comment








get this widget here