cursor

Wednesday, 24 July 2013

Nak cerita pasal pertandingan educational blogging peringkat kebangsaan ni.


Assalamualaikum semua?
kali ni nak share tentang pertandingan Educational Peringkat Kebangsaan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi  | UPSI

Pertandingan Educational Blogging 2013
Poster Pertandingan Educational Blogging 2013 


Sebenarnya blog aisha takde lah berilmiah sangat, rasanya blog aisha ni lebih kepada penyampaian informasi yang lebih keremajaan and friendly, alahh aisha pun bosan nak baca kalau blog ni dah jadi macam news paper atau buku sejarah tuh ! ha, mengaku malas nak baca buku sejarah walaupun macam tu alhamdulillah aisha dapat gred B+ dalam SPM untuk subjek sejarah ( boleh la kann)

okay, berbalik kepada tajuk kita , setiap pemenang di wajib kan datang untuk mengambil hadiah, tu pun kalau menang-lahhh , kalau tak datang hadiah akan terbatal, ha dah aisha dok sabah macamana nak g datang upsi? habakk sikit.
kalau nak sponsor tiket ke atau suh orang ambil kan hadiah kan bagus, hihiks.
almaklum aisha kan ramai kawan kat UPSI boleh je tolong ambilkan kalau menang,
tu pun suma dah hampir lost contact kena cari semula lepas ni.

Pertandingan kali ni ada beberapa kategori, antaranya adalah peringkat sekolah ( rendah and menengah) , IPT and terbuka, setiap kategori pula ada syarat nya lagi, ha ! banyak syarat ( amekkau)
aisha sebenarnya nak join kategori IPT tu, tapi syarat dia yang sekat , macamana ni
pasrah je la, sebab sekarang ni memang tengah holiday, entry merapu je semuanya.

So, macam tu je la, aisha teringin nak join tapi terfikit tang mana pula blog aku yang berilmiah ni? kita ni bukan cikgu nak berilmiah sangat kan, lagi pula part2 dalam hidup aisha takda sangat yang nak di jadikan idea untuk hasilkan entry yang berilmiah, kalau dah start semester and kuliah ha baru lah boleh tulis entry yang berilmiah, dah terlambat kot? kekadang rasa jeless melanda diri bila tengok senior-senior dah senang lenang siap beli kereta and rumah sebab dah dapat kerja besaqq, and kekawan yang cuti semester dapat jadi guru ganti, guru ganti sekolah rendah pun jadi lah kan,
asyik nak mengenang aisha dok umah menghabiskan beras mak bapak je, ha !!
pernah tak korang rasa situasi ini? kah kah kah.

okay, dah habis cerita pasal kategori bagaiii, then kita cerita pula pasal kriteria yang aisha tertarik "kreatif" , adalagi yang lain sebenarnya tapi satu tu je yang mata terlolong tengok. 

kreatif hu?
jangan nak berangan la aisha, blog engkau tu  header macam blog irine nadia marcello je, orang suma ada side bar kat tepi blog, ko bottom bar je ada, ha, ini semua hasutan apa entah, tiba-tiba otak terfikir nak tulis. psycho je.haha

so, kalau tak berapa nak famous macam fatin liyana, irine nadia marcello, maria elena sekalipun, jangan nak berangan lebih ye, cukuplah blog ni untuk meluah isi hati sebab kat luar tu takda sapa nak dengar engkau membebel and mencarut, besties sekalipun confirm tak berapa nak dengar cerita engkau.
hu hu hu

Dah, sampai sini je, nanti banyak lagi benda negatif akan keluar sekiranya 
sesi taip menaip di teruskan. 

sebelum tu aisha tinggalkan entry full tentang peraduan ni okay? 
aisha baca entry full kat blog cikgu ni ha, dah follow blog dia juga, bermanfaat untuk kita-kita yang tak berapa nak jadi cikgu ni, jom lah ramai-ramai follow cikgu ni ok?
jom terjah dia : 
CiKGU HAILMI

 Tarikh tutup pertandingan : 4 oktober 2013
mendaftar di sini ye : http://ict.upsi.edu.my/ictday
Klik gambar di atas.



2 comments:

  1. hu3.. TQ3 aisha sebab sudi gak jadikan blog cikgu tuh sebagai rujukan.. blog picisan jer.. ;)

    InshaAllah, jom kita terus sama-sama berkongsi ilmu.. semoga beroleh manfaat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama cikgu, sila beri tunjuk ajar. Hihihi :)

      Delete








get this widget here