cursor

Monday, 1 July 2013

I cant wait.

Assalamualaikum, 
hai semua..
sihat?

Alhamdulillah, ada 10 hari je lagi puasa.. kan?
rasa tak sabar pula, nak tarawih dengan mak abah, part moreh tu yang paling best, dapat makan sedap-sedap, and part yang aisha tak suka bila selipar akan hilangg. selipar tandas pon kalau nampak cantik, sure akan hilang juga. Ha ha ha. kita tengok nanti. 

ya Allah, cepatkanlah 10 hari tu, dah seminggu rasanya berkampung kat LABUAN ni, nak hirup udara segar kat SABAH tu pula.. 

okay, nak cerita pasal kerja pula ( amboi budget orang berkerja pulaak).
takdelah budget, baru seminggu kerja kat labuan ni. Ni pun kerja dengan abang sendiri, abang sulung aisha kahwin dengan orang labuan, so penempatan yang sah dorang pilih adalah labuan, nampaknya aku akan selalu ke sini lahh, he he he. tapi takpe, labuan cantik tau.. datang lah sini ye.. one fine day nanti. Gerenti cantik (Y)

so, nak cerita pasal abang aisha ni , abang aisha seorang askar, tentera udara diraja Malaysia (TUDM), berpangkat Sarjan, kadang-kadang kalau aisha nak bodek dia aisha panggil dia 'abang sarjan'.. ngee.

Then, abang sarjan ni juga merangkap my BOSS. sekarang ni abang aisha pegang dua tender, satu tender kat sekolah and satu lagi tender kat hospital. And cuti semester hari tu pon dah kerja kat hospital, as cashier je.. ambil pengalaman kan? 

Time kerja kat hospital tu, banyak lahh doktor, student masterskill yang praktikal, nurse and patient2 yang makan kat situ, aisha as cashier je and mostly student-student masterskill yang sombong tauu, doktor-doktor lagi peramah . . .

rasa nak cakap je kat diaorang " aku kerja kantin, aku ada degree tau"..
ha ! nasiblah aisha ni tak suka nak tunjuk kelebihan yang ada, aisehmen.

Time kat sekolah pula, semua cikgu baik-baik belaka, semua sopan.. datang beli pun pandai je sabar, tak banyak complaint, makan je yang ada and tak banyak karenah. 

so, sedikit penilaian aisha kat sini, pelajaran tu penting kan? lagi tinggi kita belajar lagi banyak yang kita tau, respect kat cikgu-cikgu la sebab nampak sangat perbezaan dengan orang yang bukan cikgu . . .

Relevant juga kalau fikir balik, macamana nak didik student kalau diri sendiri tak TERDIDIK. ( ayat kasar je kan )

So, bagi bakal cikgu tuu.. korang buatlah yang terbaik untuk anak-anak murid anda k? sebab kita tak tau apa yang bakal mendatang.. banyak orang yang kan judge kita dari segi dalaman and luaran..

peringatan  untuk diri sendiri juga, jangan ego walaupun dah belajar tinggi-tinggi.. ikut resam padi, semakin berisi, semakin tunduk..
assalamualaikum. :)

2 comments:

  1. Replies
    1. aisha lagi tak sabar.. btw, selamat berpuasa ye..

      Delete








get this widget here