cursor

Tuesday, 23 July 2013

Gempa bumi di PITAS (KAMPUNG AISHA)

Assalamualaikum, hi ?
Masih hangat pasal isu Alvin and vivian atau lebih di kenali sebagai "Alvivi" tu .
Sekarang ni pun aisha tengah layan video meminta maaf alvivi, aisha pun tak tau nak rasa kasihan ke apa, kata nak kasihan buat apa pula dah dorang tak reti nak fikir tentang agama ( tak hormat agama lain) amboi psycho nye perempuan ni. Hihihi.

video tu boleh layan sini ye :

 Niki
Sebenarnya nak cerita tentang gempa bumi yang berlaku awal pagi tadi kira-kira jam 9.00 am, di kawasan sekitar kudat dan juga sehingga pitas, skema ayat aisha ni, hi hi. ya Allah, petanda apa pula engkau berikan kali ini, actually aisha berasal dari pitas and all my family ada kat sana, nanti raya pun nak balik kat sana. Bila buka Facebook seawal jam 7.15 am tadi, ( awalnya online? hihi)
aisha tengah check komen dekat blog and facebook, then dalam jam 9.30 macam tu dah ada orang kampung aisha yang update status tentang gempa bumi tu. Rasa terkezuttt tengok.

Ha, lepas ja baca status tu, tau tak apa aisha fikir dalam kepala ni, aisha dah terbayang tv 42 inci my mum punya dah terbalik and peti sejuk yang baru dia beli dah tergolek sebab dapur rumah yang baru siap tak berapa nak kukuh, huhu. Banyak pula masa aisha nak fikir pasal barang-barang ye, takde kerja budak ni.

so, itu je la.. aisha dah tengok berita tadi and call parents.
Alhamdulillah takde apa-apa terjadi cuma terasa bergegar sikit and semuanya baik-baik je..

Alhamdulillah ya Allah, :)

ok, tu je entry kali ni , untuk bloggers kat luar tu,
jom la meriahkan Giveaway Echa Ell ni..
jom !!! banyak hadiah bertambah !!!
kat sini ye :

App-icon
Okay tu je ! Bye !

2 comments:








get this widget here