cursor

Thursday, 20 June 2013

Semester 4, PTA , KOLEJ, sakit , Final Exam, HOLIDAY.

 



Assalamualaikum, hai semua. . .

alhamdulillah, semester 4 , tahun 2 dekat UNIMAS ni dah berakhir and  mood cuti bermula semenjak tak dapat mendaftar dalam sistem antarasesi selasa hari tu, sebab sistem buka jam 12 and echa exam jam 2 , so time kena prepare untuk exam tu la juga kena siapkan diri untuk mendaftar , dah la tempat exam jauh nasib baik ada kawan yang baik hati nak tolong echa and kawan-kawan pergi exam. 

sekarang  ni tengah packing barang-barang untuk balik sabah, harga tiket rm145 je and naik AA. MAS ada juga yang murah tapi lama sangat kena tungguu 25 hb nanti baru dapat balik.. so beli AA balik 22 jun. semangat tol kan3.
time nak beli tiket tu, memang dah terbayang kat kepala, nak raya sama dengan family, bf nak datang umah ( mesti mak abah terkezutt), then nak pakai baju raya sedondon, mak aii, bestnya ya Allah.. ini manis nya balik dari perantauan ni..

untuk PTA dah kena cari supervisor awal-awal hari tu, before week presentation, echa lambat seminggu ja cari hampir half lecturer dah penuh. ( Buat muka menyampah )
Lastly, dapat juga seorang lecturer ni, dia baik juga la, senang nak communicate and paling happy sekali,proposal echa yang first dia accept, siap tunjuk kat orang lain lagi as example. happy tau tak.
so, ini dia proposal yang dah ACCEPTED, cuma kena revise kat tajuk lagi, maksudnya kena ubah tajuk sikit je..


Okay this week memang time presentation suma presentation kena buat minggu ni juga, time ni echa memang dah start sakit, before presentation tu pergilah jumpa doktor, setelah berjaya menjawab semua soalan puan doktor tu, echa pun dapatlah semua ubat-ubatan ni, nampak sedap juga kan, yang ubat kena hisap tu memang sebiji macam strepsils, sedap kot nak hisap-hisap and cair dalam mulut, tak ingat dah nama dia,tab lonzenges kot, sapa ada mak doktor tu bolehlah minta free ye, minta banyak-banyak sebab sedap sangat.


Inilah dia tiket untuk masuk dinner malam straight before presentation research methodology, pening tau fikir nak join ke tidak ke dinner ni, kalau tak join dapat fokus presentation pagi tu kalau join pula dapat merit, berbelah bagi hati ni..


blogger-emoticon.blogspot.comInilah dia gambar dinner kita ha! comel + gemok cute gitu ye. ngee.



Dalam entri sebelum ni echa ada bagitau kan yang echa tak dapat stay kolej lagi next semester, ha ! inilah dia kolej yang echa dok sebut-sebutkan tu, nama kolej ni KOLEJ BUNGA RAYA , panggil "brc" je. ok, done, selamat tinggal kolej , next semester dapat kolej baru kot " KOLEJ RUMAH SEWA" . hmmp.





  Okay, gambar merapu jap.
stylo tak?
blogger-emoticon.blogspot.comngee~

 Okay, happy-happy time with besties.. kuar and balik terus study. ambik kauuu, exam gila susah.. sebelum tu echa nak bagitau coursemate echa kebanyakkan nye berbangsa chinese, kira kalau chinese ni memang rajin study +  budak pandai la kan..
tapi exam hari tu paper CORPORATE FINANCE memang takde satu pun keluar awal, semua buat muka seposen, sampaikan lecturer bagi tips dalam kelas.. ucap alhamdulillah kat dalam hati sebab dapat soalan bonus lagi.. 
hahaha.


nampak tak muka stress time exam tu? muka yang tak cukup tido plus exam 5 paper non-stop plus otak dah full nak hafal. ( macam scary betoi exam kat universiti ni ek) 

 ok time ni betul-betul malam time habis final exam, kawan jak kuar and terpaksalah ikut. ngee. korang nampak tak bahagian atas mata tu bengkak? kalau orang lain ada eyebag kalau tak tidur, cik echa ni pula lain style kali ni, atas mata yang bengkak, nasib baik tak ketara sangat, semua ni akibat bangun tidur bangun tidur malam before last paper aritu, sebab lecturer echa tak kuarkan carry mark, so terpaksa berhempas pulas untuk up kan markah.. 


 Mencuba untuk buka mata besar-besar supaya tak nampak mata bengkak, champion., haha.


lastly, ada macam muka tasha manshahar tak? perasan je.
ha ha ha. 
sebenarnya balik nanti nak buat suprise kat hezrin shah nak cakap I'm back, ada kat SABAH sekarang, sebab dia pun nak buat suprise hari tu , tetapi dah tercakap pula.. suprise dia adalah kereta  dah keluar, haha ! then echa pun taknak dah buat suprise terus bagitau nak balik, happy sangat dia sebab nanti dapat jumpa, rindu kot kat boyfriend kita tu.. ngee .

okaylah tu je entri kali ni, semuanya merapu je. kih kih kih.
nanti boleh update banyak-banyak lagi..
that's all.
bye sarawak.. hello sabah, I'm on holiday until raya nanti !!!

2 comments:

  1. blogwalking.. jmput follow tmpt sy.. =)

    ReplyDelete
  2. Jemput join GA http://ecahkhalili.blogspot.com/2013/06/first-giveaway-by-ecah-khalili.html

    ReplyDelete








get this widget here