cursor

Saturday, 15 June 2013

Dugaan.


Hai, assalamualaikum semua.

Lama tak update entry ttg diri sendiri, busy sangat join Giveaway walaupun tak menang apa pun lg, sj je nak bagi korang patah semangat. Hihi
Bukan rezeki kan, nak buat macamana. 

Ingat tak aritu aisha ada citer pasal Exam?. Bagi yang stalker entry sebelum ni tau lah, kalau yang malas nak klik walaupun internet di hujung jari tu, memang ternganga je tak faham.

Okay, sebelum tu aisha nak tau ada tak yang exam juga macam aisha? cepat-cepat angkat kaki korang. Hihi. Sebenarnya  aisha ada dua paper je lagi to go, happy nye.. Allah je tau perasaan..

Time exam ni banyak betul dugaan untuk aisha tau, aisha pun tak tau kenapa hati ni tabah sangat,tak pernah tunjuk pun sedih.. Kalau korang tinggal dengan aisha.. I'm go Lucky person, kecuali time study, ha ! the serious person to-be. Hihi.
Fokus lah katakan. 

Nak sambung cerita pasal dugaan yang melanda sejak akhir-akhir semester ni, pertama tentang carry mark untuk semua subjek. Semua rendah area 30-40 je , maybe sampai final semester lah kot tak dapat dekan. (Tengok dah negatif)

Sedih bila kenang susah-susah usaha untuk carry mark tapi markah serendah itu, rasanya semester ni yang paling busy, entahlah.

Keduanya, tentang KOLEJ KEDIAMAN. Fyi, (amboi ayat skema)aisha ni dah stay kolej selama dua tahun, before that nak bagitau sistem dalam kolej ni kalau nak stay kena kumpul merit banyak-banyak dengan join aktiviti, roughly satu aktiviti satu merit/cop . Ha, macam begitulah. Then, aisha ni takdelah aktif sangat biasa je, merit paling tinggi pon 16. susah kot nak maintain, orang yang ada jawatan je boleh banyak-banyak merit.

so, semester ni ada juga join aktiviti yang biasa je, then bila kumpul semua dapat 10 cop je, makk aii, dah redha akan kena tendang keluar kolej. So semester depan aisha dah start berdikari akan duduk luar kolej and sewa rumah. That's how life goes kan, nak study kena invest sikit. ( ayat nak pujuk diri sendiri le tu)

After that, masalah ketiga BUDGET/BAJET. Budak universiti memang bermasalah dengan kewangan ni, harap PTPTN@ PITY PITY END. memang ikat perut lah.

Duit PT yang dapat tu cukup bayar kolej ( untuk yang dok kolej), sewa rumah ( untuk yang kena tendang kolej) and lastly untuk yuran pengajian, that's all. Duit tu akan habis before end of semester, so selagi korang ada FAMA and another fund dari sesiapa, sila lah hargai ye.. and belajar lah berjimat cermat, bukan apa.. aisha sendiri dah sangat berpengalaman sehari sekali je makan nasi sebab nak jimat. Okay, cukuplah cerita pasal tu, nanti aku TEReveal pula how MISKIN I Am? kih kih kih. 
kesian tak? nanti nak buat tabung kebajikan lah. Haha (Gurau je)

So, lastly, tu je lah entry untuk kali ni, jangan lupa ajak kekawan follow aisha untuk yang rajin join GA tu ye. Sayang kawan blogger semua.

Salam syg.

2 comments:

  1. sama je dgn tempat bljr sy..cantik blog...
    kalau sudi follow lah sy http://cerita-aku-kau-dia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Awak belajar kat mana? kalau nak dok kolej kena aktif juga ke? ok, sy follow.

    ReplyDelete








get this widget here