cursor

Monday, 15 April 2013

Dream for a Big Goals.

           Tengok Matahari terbenam katanya.. " begitulah bunyi post aku kat facebook, walaupun hakikatnya tak berbunyi kan. hmmmp. Namun gambar ni menerima sambutan hangat dari kawan-kawan , cousin and family.. ada yang rasa sweet, ada yang a little bit jealousy and ada juga yang marah. wow..



           so terdetiklah untuk update blog yang sekian lama menyepi tanpa khabar berita. Sebulan kot aku tak update, terlalu busy dengan exam and cuti aku kena hargai sepenuhnya, so tak adalah masa update berbagai ni.. walaupun macam tu, aku tetap update dengan kawan-kawan melalui facebook, status pun aku dah jarang buat, aku dah sangat busy menghargai orang yang ada sekeliling aku daripada melayan orang dalam alam maya ni, aku tak mau lagi kehilangan orang-orang yang aku sayang dalam hidup aku walaupun aku yang meninggalkan, bukan ditinggalkan, so past is the past let it pass..





             Baru-baru ni, semua mahasiswa and mahasiswi yang amik degree semua cuti mid-term. So, aku lah salah seorangnya. kehkehkeh. Nak budget sikit. Aku memang dah plan semua yang aku nak buat and nak makan nak pergi.. semualah.. balik ja Sabah akhirnya hajat tercapai..

Kalau dulu kitorang first time jumpa kat Kuching Sarawak, kali ni second time jumpa kat Kota Kinabalu , Sabah.. and onwards rasanya memang dekat Sabah juga.. cuma plan tempat lain-lain, pulau Labuan or maybe dekat Pulau-pulau yang ada di Sabah tu, sebab berdua teringin melancong pergi pulau. Bajet banyak duit je nak pergi pulau kan3.



              So, balik haritu aku jumpa abg Heldy aku =) berbunga-bunga hati aku tau.. betapa aku sayng dia tuhan je tau.. tapi aku malas nak cerita so jom tengok gambar je la okay ! =)



           So, entry kali ni mungkin panjang and lebih banyak gambar. Gambar yang lain perlu tapisan and tak boleh tiru kat rumah tau. Haha. Buat dengan mak ayah abg kakak je boleh yeee. 


            
        

          Setelah lama belajar di sarawak, dua kali je aku pernah pergi pantai, sekali kat Damai Beach and second time kat Pandan Beach kat Lundu. So, bila balik haritu, aku tak lepaskan peluang terus ajak dia pergi pantai. Hehehe. Sukati aku je decide mana nak pergi. Dia juga cakap dia nak hantar mana ja aku nak pergi. Pantai kat Sabah tak setanding pantai kat semenanjung even kat sarawak pun, bagi aku laa pantai kat Sabah lagi cantik. Rugi je haritu tak mandi, nasib baik rasa malu masih menguasai diri. Kalau je haritu pergi dengan family, memang aku orang first berenang kuak dada, walaupun kenyataannya aku tak pandai berenang. Wakakaka. aku tipu je.

                    

         Kat dalam flight pun aku sempat berangan amik gambar bebanyak, inilah akibatnya bila suka beraksi depan kamera.
         Dia yang pergi ambil aku kat airport masa tu ,  time aku sampai kat dia cakap dekat aku, "kenapa sayang semakin putih? " ok ! hati aku dah debar2 sebab happy. Then, dia sambung.. "atau abg yang semakin hitam ne?" ok ! Fine ! mood hilang. Dalam hati, aku pakai bedak arab tebal sangat kot sebab tu muka nampak putih. Haha. Ada-ada je aku ni.

                 


         


Kalau kat Kuching, aku jarang keluar pergi makan big Apple, sebab kedai2 jual big apple semua jauh, shopping mall pun jauh.. kiranya semua jauh.. bukan nak kata Kuching tak best, tapi orang kat kuching kena terima apa yang aku nak luah ni okay, aku rasa kuching tak best =.=' mungkin sebab aku yang tak jalan and round-round kuching, huhuhu. aku rindu sabah sangat-sangat tau..

  

 

 Eh, kenapa lahh tetiba ada gambar mee dalam ne kan. Nampak sedap pula tu. Haha.

Sebenarnya time balik Sabah hari tu, dah janji nak masak something untuk dia, and benda yang sangat familiar sebagai student adalah Mee/Maggie. So, maybe dah expert masak mee, so aku decide untuk masak mee goreng untuk si dia.. and walaupun mee dah sejuk dalam Flight, tapi dia tetap suka aku masak.. sedaap katanya.. syukur alhamdulillah. dia tak complaint apa pun. 


Ha ! ni lagilaaah, aku post dekat facebook gambar ni tau, abang aku komen. Nak tunjuk garang le kat aku, dia kata aku dah pandai merempit. Haha, buat lawak bodoh je abg aku, dari aku kecik sampai aku besar badak macam ni, aku memang hidup dengan motorsikal tau, sampai aku tuisyen form 5 pun bapa aku masih hantar aku pergi sekolah naik motorsikal, so, apa isu pula aku dah pandai merempit  ni? memang aku biasa naik motor pun.. cuma time ni aku membonceng je, boyfriend yang bawa.. =) 
Nasib baik lah abg aku tak tanya lebih-lebih.. aku pun tak mau dia risau dengan aku sebab aku keluar dengan boyfriend aku. So, my brother Mohd Rizal Bin Ulong, jangan risau dekat adik gemuk ko ni tau. aku dah besar pandai jaga diri and aku sentiasa hormat and sayang korang semua as family aku. =)



Okay, cara bergambar berpandangan mata memang favourite kitorang, tengok je la Header Cute miut aku tu, dari mata turun ke hatilahh katakan. 

 Aku selamba je buat muka tak kesah kan3. Dia cakap, tengok gambar syg ne, cantik.. *katanya laah.
Aku pun tengok cantik. Haha. Mungkin sebab bergambar dengan Tab mahal kan? =P . 


Gambar ni dia yang amik, aku cakap kat dia, "eh, abg ni banyak bulu kaki, " dia senyum ja.. dia cakap isteri abg cantik.. maybe dia teringat gambar dulu yang kitorang amik time dia datang sarawak aritu. Kitorang memang favourite juga amik gambar-gambar yang macam ni. Sekali sekala kan, so kuarkanlah gila sementara ada peluang nak jadi gila-gila. Haha, manja je dia dengan aku..


Dalam gambar ni, aku tak sure kenapa tangan dia nampak cute je mcm tangan baby.. sepatutnya tangan aku yang mewakili tangan baby.. ini tak adil.

So, banyak pula so so so aku  kali ni, penutup kata aku tak nak buat panjang menjelar la sebab aku pun malas nak menulis sebenarnya. 

Harapan aku pada dia supaya dia sentiasa sayang aku macam first kenal and jumpa, aku tak mau dia berubah, semua yang dia cakap malam tu aku harap dia tunaikan, dia cakap cinta tu tak perlu janji..sebab janji tu boleh dimungkiri , ayat jiwang pula dia.. hakikatnya aku pun touching and melting dengan ayat dia. So, sayang tunggu bila masa itu tiba okay ? =)

And lastly, harapan aku pada diri aku sendiri, aku harap aku boleh jadi yang terbaik untuk dia. Jadi yang baik tak susah, tapi jadi yang terbaik memang susah and I'll try my best untuk kearah itu, kitorang sama-sama memperbaiki diri and aku harap sangat aku habiskan study aku dengan jayanya, dia pun cakap kat aku, "sayang study rajin-rajin supaya cepat habis dan cepat kahwin dengan abg".. see? dia pun tau nak plan cepat habis belajar cepat kahwin. isy, ada juga perasaan takut dia cakap mcm tu, tapi sebaiknya tunggu aku habis study then kerja dulu.. tunaikan janji dengan mak bawa pergi umrah, insyaAllah kan? aku yakin dan pasti aku boleh buat. Yes I Can ! semangat tul aku time ni tauu. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar and sila doakan aku tau, supaya aku berjaya dalam hidup dunia and akhirat. selamat beramal.

Sayang silent reader aku semua.
And for first time untuk santapan korang, ini video yang aku buat khas untuk abg heldy, aku dah bagi tengok dia and dia diam ja tengok video ni. aku pun tak tau apa perasaan dia. so, jom sama-sama tengok ! =)

  

okay, that's all.


#P/s : jom masak Bihun Mushroom. Yummy Yummy.

4 comments:

  1. Thanks. Lama tak update blog sebenarnya.. =)

    ReplyDelete
  2. Alololorh comelnyaa~ nyway cida done follow.. jemput singgah=)

    ReplyDelete
  3. Aku ke comel. hehehehe. gurau je.. Thanks follow, nnt aisya follow cida kay ? =)

    ReplyDelete








get this widget here